I. Potret Monalisa
Engkau tersenyum di jendela
Memukau mata mempesona
Muncul yang jadi tanda tanya
Buat engkau dikagumi
Kehadiran penuh misteri
Bertambah berbagai cerita
Dengan sentuhan warna gemilang
Kau menawan dunia
:korus:
Monalisa
Wajah yang diagungkan
Hingga mengorbankan nyawa
Disanjung penciptanya
Monalisa
Apakah tujuan
Engkau diciptakan
Apakah rahsia
Di sebalik potret itu
[2x]
Oh.. Oh..
II. Insaf
Berakhir sudah satu perjuangan
Tanpa sasaran ini yang dinantikan
Musnah impian muncul akhirnya
Jalan setuju yang dikekal terus berdamai
Insaf segera pada yang ada
Ambil peluang telah dijanji, telah dijanjikan
Cukup di sini berangan-angan
Apa dilihat yang dijanji belumlah pasti
Pengorbanannya itu punca satu tragedi
Kesempitannya menagih rasa simpati
Kau menghalang kedamaian
Pengganas nusa, nusa dan bangsa
Binasa segala impian harapan
Timbul kasih menjadi amalan hidup
Perjuangan ditinggalkan
Kesedaran kepangkuan
Pulang semula bukalah mata
Pandang di depan apa yang dijanji, apa yang dijanji
Biar berlalu apa yang sudah
Terus berdamai untuk hidup dalam selamat
III. Midnight Blues
Si manis dibelakang Kaw Loon rupanya sang khunsa
Ada juga wajah yang pernah ku lihat di akhbar
Jam 11.30 masih ada tawar menawar
Malam semakin dingin jalan Chow Kit tetap bahang
Aku yang lahir di sini rasa macam pendatang haram haram
Yangg berdusta di kampung berlindung di bukit bintang
Yangg telah pudar usia berlindung di lorong hitam
Hidupnya tersisih sampah masyarakat
Kota ini penuh dengan projek gajah putih
Sungguh indahnya malam tapi aku masih gusar gusar gusar
Fikirkan masa depan apa yang harus ku lakukan
Kelab malam putar alam ada orang tua menari ronggeng
Frustasi anak bini sedang menanti
Sebuah lorong sunyi ada tukaran wang dan barang
Dimenara tinggi ada insan sedang mengawan
Tak daya ku tahan lagi membuat aku mahu menjerit Jerit
Marah pada siapa marahkan pada blues
Lagu blues tengah malam
Malam malam minggu yeahh yeahh